Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 kawasan di M'sia diramal alami cuaca panas jangkaui 37°C

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang terlibat di Semenanjung ialah Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan).

Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Beaufort dan Nabawan, menurut MetMalaysia dalam hantaran di laman Facebook.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian di Malaysia, sila rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan