Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 hilang selepas bot nelayan karam di Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
9 hilang selepas bot nelayan karam di Korea Selatan

Gambar: Handout / THE KOREA COAST GUARD / AFP

SEOUL: Kapal-kapal pasukan pengawal pantai Korea Selatan dan sekitar lapan pesawat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di perairan barat daya negara itu selepas sembilan nelayan dilaporkan hilang setelah bot mereka karam pada Ahad (5 Feb).

Pasukan pengawal pantai dari bandar pelabuhan Mokpo berkata tiga anak kapal diselamatkan oleh sebuah kapal komersial yang berada berhampiran dengan tempat kejadian menyusuli nahas yang berlaku pada lewat Sabtu malam (4 Feb) di perairan berdekatan pulau Daebichi di daerah Sinan.

Menurut mereka yang terselamat, bilik enjin bot itu dinaiki air sebelum bot seberat 24 tan itu terbalik, menurut pasukan pengawal pantai.

Para pegawai merancang untuk menyelamatkan bot itu tetapi tidak diketahui sama ada sembilan anak kapal yang hilang itu berada di dalamnya.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan menyatakan bahawa tujuh daripada mereka yang hilang adalah rakyat tempatan manakala dua yang lain adalah warga asing. Kementerian tersebut bagaimanapun belum lagi mengesahkan kerakyatan mereka.

Lebih 30 kapal pasukan pengawal pantai dan sekurang-kurangnya lapan pesawat pengawal pantai dan tentera menjalankan operasi pencarian di kawasan tersebut pada petang ini.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Seol menggesa para pegawai supaya menggunakan "kesemua sumber" untuk memperluaskan lagi operasi mencari dan menyelamat, di samping memberi sokongan kepada keluarga para nelayan yang hilang, menurut pejabat presiden.
Sumber : AP/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan