Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 bom meletup di tiga daerah Yala, bekalan elektrik terputus

Sambutan Ambang Tahun Baru di Yala dikejutkan dengan letupan bom namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:

YALA: Sambutan Ambang Tahun Baru di Yala dikejutkan dengan letupan bom namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan. 

Dalam insiden sekitar 8.45 hingga 9.15 malam (waktu tempatan) pada Jumaat (31 Dis), sembilan butir bom dipasang pada tiang elektrik dan telefon diletupkan. 

Ketua Polis Wilayah Yala Mejar Jeneral Tinnakorn Rangmat berkata letupan itu berlaku di tiga daerah -Muang, Benang Setar dan Krong Pinang apabila penduduk tempatan mahu keluar rumah menyambut ambang Tahun Baru. 

“Letupan itu telan menyebabkan kerosakan lapan tiang elektrik serta satu tiang telefon dan gangguan bekalan elektrik,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di tempat kejadian. 

Beliau menambah bom buatan sendiri telah dipasang pada tiang elektrik di Jambatan Thasab yang terletak berdekatan dengan Penjara Pusat Yala di Daerah Sateng. 

“Kumpulan tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat itu telah menyebabkan keadaan kucar kacir pada ambang Tahun Baru,” katanya. 

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa balas dendam merupakan punca kejadian letupan yang menyasarkan tiang elektrik itu. 

Insiden letupan bom dan berbalas tembakan sering berlaku di selatan Thailand dengan kejadian terbaru pada 24  Dis, di mana dua lelaki dipercayai anggota militan ditemui maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan