Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 anggota Majlis Keselamatan PBB kecam ujian peluru berpandu Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:
9 anggota Majlis Keselamatan PBB kecam ujian peluru berpandu Korea Utara

(Gambar: Timothy A. Clary/AFP)

WASHINGTON: Lebih separuh daripada negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah mengecam langkah Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baru-baru ini. 

Sembilan anggotanya termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Jepun menyifatkan langkah itu sebagai "satu perkembangan ketara". 

Sejak awal tahun ini, Korea Utara sudah melancarkan tujuh peluru berpandu dalam masa sebulan sahaja. 

Namun yang paling menjadi keprihatinan adalah peluru berpandu balistik Hwasong-12, yang dilancarkan pada minggu lalu.

Korea Utara pernah mengancam untuk melancarkan senjata yang sama untuk menyasarkan Guam, salah sebuah wilayah Amerika. 

Kali terakhir Pyongyang menguji peluru berpandu dengan kekuatan yang sama adalah pada 2017.

Sumber : Agensi berita/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan