9 ahli Lembaga Keamanan ikrar AS$7 bilion untuk pakej bantuan Gaza, 5 negara bersetuju kerah tentera
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Khamis (19 Feb) di mesyuarat sulung Lembaga Keamanan bahawa sembilan anggota badan itu telah bersetuju untuk mengikrarkan AS$7 bilion (S$8.8 bilion) untuk pakej bantuan Gaza dan lima negara telah bersetuju untuk mengerahkan tentera bagi mengambil bahagian dalam pasukan pengaman antarabangsa ke wilayah Palestin yang dilanda perang itu.
Indonesia, Maghribi, Kazakhstan, Kosovo dan Albania telah berikrar untuk menghantar tentera bagi pasukan pengaman di Gaza, manakala Mesir dan Jordan pula komited untuk melatih polis bagi usaha tersebut.
Pasukan-pasukan tentera itu pada mulanya akan dikerahkan ke Rafah, sebuah pusat penduduk utama di mana pentadbiran Amerika Syarikat berharap untuk menumpukan usaha pembinaan semula terlebih dahulu.
Sementara itu, Kazakhstan, Azerbaijan, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Maghribi, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Kuwait adalah negara-negara yang telah membuat ikrar tersebut, kata Encik Trump.
“Setiap dolar yang dibelanjakan adalah pelaburan kepada kestabilan dan harapan (wilayah) yang baharu dan harmoni,” kata Encik Trump ketika mengucapkan terima kasih kepada para penderma.
Beliau menambah, “Lembaga Keamanan menunjukkan bagaimana masa depan yang lebih baik dapat dibina di sini, di bilik ini.”
Dana yang dijanjikan, walaupun besar, membentuk sebahagian kecil daripada anggaran AS$70 bilion (S$88.8 bilion) yang diperlukan untuk membina semula wilayah Palestin yang musnah selepas dua tahun perang.
Encik Trump juga mengumumkan bahawa Amerika Syarikat turut mengikrarkan AS$10 bilion (S$12.7 bilion) untuk Lembaga Keamanan, tetapi tidak menyatakan untuk apa wang itu akan digunakan.
Mejar Jeneral Jasper Jeffers, ketua Pasukan Pengaman Antarabangsa yang baru diwujudkan berkata rancangan itu memerlukan 12,000 anggota polis dan 20,000 askar untuk Gaza.
“Dengan langkah pertama ini, kami membantu membawa keselamatan yang diperlukan oleh Gaza untuk masa depan dengan kemakmuran dan keamanan yang berkekalan,” kata Encik Jeffers.
Lembaga itu ditubuhkan sebagai sebahagian daripada pelan damai 20 perkara usulan Encik Trump untuk menamatkan konflik di Gaza.
Tetapi sejak gencatan senjata dicapai pada Oktober tahun lalu, visi Encik Trump untuk lembaga itu sudah berubah dan beliau mahu ia mempunyai bidang kuasa yang lebih bercita-cita tinggi - yang bukan sahaja akan menyelesaikan tugas berat untuk membawa keamanan berkekalan antara Israel dan Hamas tetapi juga akan membantu menyelesaikan konflik di seluruh dunia.

Sumber : AP/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.