86 nahas jalan raya berlaku akibat hujan di Taif
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Fayez Nureldine/AFP)
TAIF: Sebanyak 86 kemalangan melibatkan kereta berlaku disebabkan hujan di wilayah Taif, yang mengalami hujan lebat kebelakangan ini, lapor Okaz/Saudi Gazette.
Hujan lebat di wilayah tersebut sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa lampu isyarat ditutup di Shehar Road, yang menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan trafik.
Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi meramalkan hujan di kebanyakan kawasan di Arab Saudi berlarutan hingga Selasa (3 Jan).

Jurucakap Bulan Sabit Merah di Taif, Shadi Al-Thubaiti berkata pasukan Bulan Sabit Merah di wilayah itu sudah menangani 260 panggilan kecemasan dalam tempoh 24 jam, sejak permulaan amaran cuaca dikeluarkan NCM.
Encik Shadi juga berkata pihaknya menerima 174 laporan daripada penduduk yang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, selesema dan penyakit lain. Kesemuanya menerima perkhidmatan kecemasan yang diperlukan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.