Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

Anggaran Waktu Membaca:
85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

(Gambar: Omar AL-QATTAA / AFP)

GENEVA: Seramai 85 pesakit kritikal dan cedera dari Carikan Gaza dipindahkan ke Abu Dhabi pada Selasa (30 Jul) untuk menerima rawatan dalam operasi bersama berskala besar, lapor Xinhua.

Dibantu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama kerajaan UAE dan rakan kongsi lain, pemindahan itu menandakan operasi terbesar seumpamanya sejak Oktober 2023.

Pesakit yang terdiri daripada 35 kanak-kanak dan 50 orang dewasa itu dipindahkan dari Gaza melalui lintasan Kerem Shalom ke Lapangan Terbang Ramon di Israel.

Pengarah Serantau WHO bagi Mediterranean Timur, Hanan Balkhy memuji usaha UAE dengan berkata: "Saya amat berterima kasih kepada Amiriah Arab Bersatu (UAE) kerana memindahkan pesakit dari Gaza dan memberikan mereka rawatan."
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan