Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

83 kawasan perkuburan zaman kuno ditemui di Dakhalia

Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui 83 kawasan perkuburan zaman kuno di daerah Umm al-Khiljan di utara wilayah Dakahlia, kata Kementerian Antikuiti Mesir. 

Anggaran Waktu Membaca:
83 kawasan perkuburan zaman kuno ditemui di Dakhalia

(Gambar: Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir/menerusi Xinhua)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 01:50PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 01:59PM

MOSKO: Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui 83 kawasan perkuburan zaman kuno di daerah Umm al-Khiljan di utara wilayah Dakahlia, kata Kementerian Antikuiti Mesir. 

Agensi berita Sputnik melaporkan, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri berkata sebanyak 80 dari 83 perkuburan yang ditemui itu dibina pada separuh pertama milenium keempat SM. 

Tapak perkuburan itu berbentuk bujur, menyimpan keranda tanah liat dan pelbagai barang antik yang lain.

Encik Waziri berkata ia adalah tanah perkuburan pertama mempunyai keranda tanah liat yang ditemui di wilayah Dakahlia.

Mesir merupakan negara yang kaya dengan dengan peradaban kuno. Era Firaun bermula pada milenium keempat SM dan berakhir pada 332 SM dengan penaklukan Macedonia.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan