Skip to main content

Dunia

800 unit darah dibekalkan kepada penduduk, pesakit di selatan Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin berjaya menghantar 800 unit darah dari makmal pusat di Ramallah ke sebuah gudang di selatan Gaza, dengan kerjasama Yayasan Rahma dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Penghantaran itu merupakan sebahagian daripada fasa kedua kempen "Our Blood is One", yang menyaksikan sumbangan darah daripada penduduk di utara Palestin dihantar kepada mereka yang memerlukannya di bahagian selatan wilayah tersebut, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan kementerian itu.

Menteri Kesihatan Majed Abu Ramadan berkata: "Kami bekerja tanpa henti untuk memenuhi keperluan jagaan kesihatan mendesak rakyat kami di wilayah selatan, dengan kerjasama institusi antarabangsa dan pertubuhan kesihatan."

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel agar menghentikan serangan yang semakin meningkat, yang dengan sengaja menyasarkan pusat-pusat perubatan di Gaza.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita