Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

800 penumpang kapal pesiaran di Sydney positif COVID-19

Menteri Ehwal Dalam Negeri Australia pada Sabtu (12 Nov) berusaha untuk memberi jaminan kepada masyarakat awam bahawa protokol COVID-19 yang dilaksanakan memadai selepas sebuah kapal pesiaran, yang membawa ratusan penumpang dijangkiti koronavirus itu, berlabuh di Sydney.

Anggaran Waktu Membaca:
800 penumpang kapal pesiaran di Sydney positif COVID-19

Kapal pesiaran Majestic Princess yang membawa ratusan penumpang dijangkiti COVID-19 berlabuh di Sydney pada 12 Nov 2022. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Nov 2022 02:58PM Dikemas Kini : 12 Nov 2022 02:58PM
SYDNEY: Menteri Ehwal Dalam Negeri Australia pada Sabtu (12 Nov) berusaha untuk memberi jaminan kepada masyarakat awam bahawa protokol COVID-19 yang dilaksanakan memadai selepas sebuah kapal pesiaran, yang membawa ratusan penumpang dijangkiti koronavirus itu, berlabuh di Sydney.

Kapal pesiaran Majestic Princess milik syarikat Australia Carnival berlabuh di Sydney, ibu kota New South Wales yang paling padat penduduk, dengan 800 penumpang diuji positif virus tersebut, menurut syarikat itu.

Penguasa kesihatan negeri itu menilai tahap risiko penularan tersebut di 'Tahap 3' iaitu tahap penularan yang tinggi.

Insiden itu mencetuskan perbandingan dengan penularan pada 2020 di atas kapal pesiaran Ruby Princess. Menurut siasatan, penularan tersebut yang juga berlaku di New South Wales membawa kepada 914 kes jangkitan dan 28 kematian.

Menteri Ehwal Dalam Negeri Clare O'Neil berkata penguasa kesihatan New South Wales akan menentukan cara bagaimanapun untuk membenarkan penumpang yang berada di atas Majestic Princess untuk meninggalkan kapal berkenaan berdasarkan kes.

Pegawai pasukan sempadan persekutuan akan menghulurkan bantuan untuk menyokong usaha pihak berkuasa, kata Encik O'Neil kepada para wartawan di Melbourne.

Carnival Australia, sebahagian daripada syarikat riadah sejagat Carnival Corporation, menyatakan para penumpang yang positif diasingkan di atas kapal dengan diberi perhatian oleh kakitangan perubatan, menurut Penguasa Kesihatan New South Wales.

Agensi itu menyatakan ia sedang bekerjasama dengan kakitangan kapal pesiaran tersebut untuk memantau kesihatan para penumpang serta anak kapal.

Penularan itu berlaku sedang kes COVID-19 meningkat di seluruh Australia, lantas membuktikan penularan varian XBB Omicron dalam kalangan masyarakat, menurut pemerintah persekutuan minggu ini.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa