Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

80% tiket penerbangan tambang murah sempena Aidilfitri terjual di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus tiket penerbangan syarikat tambang murah habis dijual seminggu sebelum menjelang Aidifitri. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata sehingga Khamis (13 Apr), syarikat berkenaan telah menjual kira-kira 82 peratus daripada 11,400 tempat duduk tambahan bagi tempoh 19 hingga 22 April ini.

Beliau berkata antara destinasi mendapat permintaan paling tinggi ialah Kuala Lumpur-Tawau, Johor Bahru-Kuching, Johor Bahru-Sibu dan Kuala Lumpur-Kuching. 

“Bagaimanapun, masih ada tempat duduk yang tersedia pada tambang rendah tetap yang juga pantas dijual seperti Kota Kinabalu ke Johor Bahru, Johor Bahru ke Kota Kinabalu, Bintulu ke Kuala Lumpur, Kuching ke Johor Bahru, Miri ke Johor Bahru, Sibu ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta Tawau ke Kuala Lumpur bagi tempoh sama,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Pada masa yang sama, Encik Riad berkata tempat duduk bagi penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk 28 April hingga 1 Mei juga masih tersedia.

Pada 7 Mac lalu, syarikat itu melancarkan 124 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk musim perayaan Aidilfitri ini antara 19 April dan 1 Mei.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah terbaru MYAirline Sdn Bhd turut menerima maklum balas positif apabila 85 hingga 90 peratus tiket ke seluruh destinasi telah terjual sempena musim perayaan ini.

Ketua Pegawai Ekskutifnya, Rayner Teo, berkata Kota Bharu, Tawau dan Kota Kinabalu menerima permintaan paling tinggi setakat ini.

“Buat masa ini masih terdapat kekosongan tempat duduk tetapi ia terjual dengan cepat. Kami juga akan menambah dua penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dari 19 hingga 21 April.

“Kami sudahpun menambah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau daripada sekali sehari kepada dua kali sehari menyusuli permintaan yang tinggi," katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan