80% penduduk China dijangkiti COVID-19, dedah saintis pemerintah
Anggaran Waktu Membaca:

Orang ramai mengunjungi pasar Perayaan Musim Bunga yang dibuka semula setelah ditutup akibat COVID-19 di Guangzhou, China, pada 20 Jan 2023, mendahului sambutan Tahun Baru Cina. (Gambar: STR/AFP)
BEIJING: Kemungkinan berlaku lonjakan besar kes COVID-19 di China dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang adalah sangat tipis kerana 80 peratus penduduk negara itu sudahpun dijangktiti koronavirus, menurut seorang saintis terkemuka pemerintah negara tersebut pada Sabtu (21 Jan).
Perjalanan rentas wilayah secara beramai-ramai sempena musim perayaan Tahun Baru Cina mungkin menyebabkan penularan COVID-19 dan meningkatkan jumlah jangkitan di sesetengah kawasan.
Namun gelombang kedua COVID-19 tidak berkemungkinan berlaku dalam masa terdekat, kata ketua pakar epidemiologi Pusat China bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Wu Zunyou di laman media sosial Weibo.
Beratus-ratus juta penduduk China sedang melakukan perjalanan rentas wilayah untuk makan malam bersama keluarga di kampung halaman mereka setelah sekatan-sekatan COVID-19 dilonggarkan baru-baru ini.
Langkah itu sekali gus membangkitkan kebimbangan terhadap penularan di kawasan-kawasan luar bandar yang kurang berupaya menangani jumlah kes jangkitan yang besar.
China sudah melepasi tahap kemuncak jumlah pesakit COVID-19 di klinik-klinik demam, jabatan kecemasan dan mengalami gejala teruk, kata seorang pegawai Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Khamis.
Hampir 60,000 pesakit COVID-19 maut di hospital setakat sehingga 12 Januari, kira-kira sebulan setelah China menarik balik dasar sifar COVID-19, menurut perangkaan pemerintah.
Namun sesetengah pakar mempertikaikan perangkaan tersebut dengan mendakwa bahawa ia jauh lebih rendah berbanding angka sebenar.
Ini kerana ia didakwa mengecualikan bilangan pesakit yang meninggal dunia di rumah dan ramai doktor diarahkan supaya tidak menyatakan COVID-19 sebagai punca kematian.

Sumber : Reuters/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.