80 dokumen diluluskan semasa Sidang Puncak ASEAN ke-47
Sebanyak 80 dokumen hasil telah diterima dan diluluskan sepanjang 14 Sidang Puncak ASEAN ke-47, yang berlangsung dari 26 hingga 28 Okt.
Anggaran Waktu Membaca:
- Sebanyak 80 dokumen hasil telah diterima dan diluluskan sepanjang 14 Sidang Puncak ASEAN ke-47, yang berlangsung dari 26 hingga 28 Okt.
- Antara kejayaan yang dibanggakan ialah tatkala Timor Leste diterima masuk secara rasmi ke dalam ASEAN setelah memohon keanggotaan sejak 2011.
- Tunku Nashrul berkata satu lagi kejayaan penting ialah pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) antara Thailand dan Kemboja, yang disaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
- Dari sudut ekonomi pula, Tunku Nashrul berkata sidang puncak kali ini telah memuktamadkan dua inisiatif perdagangan iaitu penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 dokumen hasil telah diterima dan diluluskan sepanjang 14 Sidang Puncak ASEAN ke-47, yang berlangsung dari 26 hingga 28 Okt.
Setiausaha Media Kanan Perdana Menteri Malaysia, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata ini termasuk Kenyataan Bersama Pemimpin ASEAN dengan Amerika Syarikat, Jepun, India, New Zealand dan Australia.
Dokumen hasil itu juga daripada Sidang Puncak ASEAN+3, Sidang Puncak Asia Timur (EAS), Pemimpin Masyarakat Pelepasan Sifar Asia (AZEC) dan Pemimpin Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).
"Antara kejayaan yang dibanggakan ialah tatkala Timor Leste diterima masuk secara rasmi ke dalam ASEAN setelah memohon keanggotaan sejak 2011. Penerimaan ini menggariskan prinsip keterangkuman ASEAN dan visi perkongsian kemakmuran serantau yang selama ini diperjuangkan oleh Malaysia," katanya lagi.
Tunku Nashrul berkata satu lagi kejayaan penting ialah pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) antara Thailand dan Kemboja, yang disaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Beliau berkata perkara itu merupakan manifestasi kesungguhan dan peranan aktif Malaysia dalam memudah cara pertikaian serantau secara aman dan konstruktif.
"Malaysia juga merakamkan penghargaan kepada Amerika Syarikat atas peranannya dalam memudahkan dialog dan persetujuan ini," katanya lagi.
Dari sudut ekonomi pula, Tunku Nashrul berkata sidang puncak kali ini telah memuktamadkan dua inisiatif perdagangan iaitu penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0, yang akan menawarkan akses pasaran lebih luas, prosedur lebih cekap dan membuka jalan untuk peluang ekonomi baharu dalam bidang digital dan hijau.
Beliau berkata dalam meletakkan ASEAN sebagai rantau yang berpaksikan peraturan, pemimpin ASEAN juga telah mengesahkan semula Konsensus Lima Perkara (5PC) sebagai rujukan utama dan menggesa pelaksanaannya secara penuh, terutama bagi pemberhentian keganasan dan peningkatan bantuan kemanusiaan di Myanmar.
Tunku Nashrul berkata pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu Laut Cina Selatan serta Palestin, dengan Malaysia terus menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi untuk keamanan, selain ancaman jenayah rentas sempadan seperti penipuan online, keselamatan makanan dan peralihan tenaga.
Sementara itu, beliau berkata Malaysia memberikan sokongan padu kepada Filipina yang bakal mengambil alih tampuk Kepengerusian ASEAN pada 2026 dan berharap semangat perpaduan serta kerjasama yang dibina di Kuala Lumpur akan terus mekar dan subur.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.