80 banduan sangat berbahaya larikan diri dari penjara
Hampir 80 banduan, dengan sebahagian besarnya adalah anggota kumpulan penyeludup dadah bersenjata dan digambarkan sebagai sangat berbahaya, melarikan diri dari penjara Paraguay berhampiran sempadan Brazil semalam (19 Jan), menurut polis.
(Gambar: AFP - ABC TV)
ASUNCION (PARAGUAY): Hampir 80 banduan, dengan sebahagian besarnya adalah anggota kumpulan penyeludup dadah bersenjata dan digambarkan sebagai sangat berbahaya, melarikan diri dari penjara Paraguay berhampiran sempadan Brazil semalam (19 Jan), menurut polis.
Kesemua banduan itu, masing-masing terdiri daripada rakyat Brazil dan Paraguay, melarikan diri menerusi terowong yang digali di penjara yang terletak di bandar Pedro Juan Caballero, kata jurucakap polis, Elena Andrada.
“Pasukan terbaik kami sudah dikerahkan ke sempadan bagi membantu menangkap semula semua banduan berkenaan,” katanya.
Kesemua banduan yang melarikan diri itu adalah seramai 70 orang, termasuk 40 warga Brazil dan 36 dari Paraguay, menurut para pegawai.
Menteri Keadilan Cecilia Perez menyelar situasi itu dan memberitahu wartawan, kerja menggali terowong tersebut pasti mengambil masa beberapa minggu.
“Ini membuktikan bahawa petugas penjara menyedari perkara ini namun tidak mengambil sebarang tindakan,” katanya.
Warden penjara tersebut dipecat manakala puluhan pengawal keselamatan diberkas.
Sebahagian besar banduan yang terlepas itu adalah ahli kumpulan jenayah yang dikenali sebagai First Capital Command, iaitu antara geng samseng paling ganas di Brazil.
Menurut Cik Andrada, lima buah van yang terbakar, dipercayai digunakan untuk melarikan diri ditemui di Ponta Pora, sebuah bandar di Brazil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.