8 termasuk pesara kerajaan diberkas atas ajaran sesat Millah Abraham
Anggaran Waktu Membaca:
JASIN: Seorang pesara kerajaan termasuk tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki yang dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham antara lapan individu ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu di Melaka, awal pagi tadi (28 Nov), lapor Astro AWANI.
Dalam serbuan ke atas empat buah rumah sekitar Jasin yang berakhir kira-kira pukul 4.00 pagi tadi, para suspek yang berumur antara 28 dan 72 tahun ditahan dalam operasi membabitkan 70 pegawai dan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rahmad Mariman berkata, penangkapan itu dibuat dalam empat serbuan berasingan yang dilakukan secara serentak selepas menerima aduan orang awam.
“Kita menerima aduan awam memaklumkan masih berlaku penyebaran dan pengamalan ajaran Millah Abraham yang telah diwartakan di negeri Melaka sebagai menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Dalam serbuan ini, pasukan operasi telahpun menahan lapan individu iaitu lima lelaki dan tiga perempuan termasuk tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki antaranya pesara kerajaan, pekerja swasta, bekerja sendiri dan suri rumah,”katanya di hari ini.
Mengulas lanjut, Encik Rahmad berkata, berdasarkan soal siasat yang dijalankan terhadap mereka yang ditahan, ada antara mereka mengaku sudah beberapa tahun tidak menunaikan solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat.
Katanya lagi, malahan pengajian pengikut ajaran tersebut dilakukan secara online menerusi beberapa aplikasi tertentu dan mereka juga aktif merekrut ahli baharu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan, lapor Astro AWANI.
“Hasil penggeledahan terdapat banyak barang kes telah disita dan dirampas, antaranya buku berkaitan ajaran Millah Abraham seperti Ruhul Qudus Eksistensi dan Esensi Al-Quran.
“Buku lain adalah Jalan Kebenaran Universal, Renungan Spiritual, Membaca Alam Membaca Zaman selain peralatan elektronik berupa komputer riba, telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan,” jelasnya lagi.
Menurut Encik Rahmad, kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 iaitu menghina agama Islam dengan mengingkari atau melanggar fatwa yang telah diwartakan.
“Mereka juga dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60 Enakmen sama iaitu kesalahan ajaran salah dan Seksyen 48 iaitu kesalahan penerbitan agama yang berlawanan dengan hukum syarak,” katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.