Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 terbunuh setelah siswa lepaskan tembakan di universiti Rusia

Seorang mahasiswa bersenjata melepaskan tembakan di sebuah universiti di bandar Perm, Rusia, pada Isnin (20 Sep), mengorbkan sekurang-kurangnya lapan orang manakala beberapa yang lain cedera, menurut penguat kuasa undang-undang negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
8 terbunuh setelah siswa lepaskan tembakan di universiti Rusia

Petikan dari Twitter menunjukkan seorang penyerang bersenjata di sebuah universiti Rusia pada 20 Sep 2021.

Diterbitkan : 20 Sep 2021 05:33PM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 05:40PM

MOSCOW: Seorang mahasiswa bersenjata melepaskan tembakan di sebuah universiti di bandar Perm, Rusia, pada Isnin (20 Sep), mengorbkan sekurang-kurangnya lapan orang manakala beberapa yang lain cedera, menurut penguat kuasa undang-undang negara itu.

Penyerang berkenaan ditahan sejurus selepas berlaku kejadian tersebut di Universiti Wilayah Perm, yang terletak sekitar 1,300 kilometer ke timur Moscow, menurut jurucakap universiti dan pihak polis.

Para mahasiswa melompat keluar dari tingkap tingkat satu untuk menyelamatkan diri sebelum lari mencari perlindungan, menurut petikan video dari tempat kejadian yang dirakam oleh media tempatan.

Jawatankuasa Siasatan Rusia, agensi yang menyiasat jenayah-jenayah besar, menyatakan penyerang itu sudah dikenal pasti sebagai mahasiswa universiti tersebut.

Rusia menguatkuasakan kawalan ketat ke atas pemilikan senjata api oleh orang awam. Namun sesetengah kategori senjata boleh dibeli, seperti untuk tujuan memburu, perlindungan diri atau sukan, setelah bakal pemilik lulus ujian dan memenuhi syarat-syarat lain.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan