8 siswa Malaysia Universiti Al-Azhar kemalangan di Mesir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Masjid al-Azhar, (Gambar: AFP)
PORT SAID: Lapan mahasiswa dari Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Port Said kira-kira pukul 12.30 pada Sabtu.
Menurut Education Malaysia Egypt (EME), lima penuntut iaitu Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi serta Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital As Salam Port Said.
Sementara itu, tiga lagi iaitu Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri serta Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.
“Sebaik menerima khabar tentang kemalangan kereta yang menimpa lapan penuntut Malaysia, dua Setiausaha Pertama (Pendidikan) EME iaitu Ahmad Salehuddin Shafie dan Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman bergegas ke Hospital As Salam Port Said untuk melihat sendiri keadaan mereka,” menurut EME menerusi catatan di Facebook.
EME memaklumkan insiden itu turut mendapat perhatian pihak Universiti Al-Azhar apabila menghantar pegawai daripada Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) kampus Port Said iaitu Dr Syaima Amir Al Bana, Dr Fauziyah Muhallal, Dr Ahmad Al Sudani dan Cik Syaima' Al Huseini untuk membantu rawatan para pelajar, seterusnya memudah cara pengurusan bersama pihak hospital.
“Menjelang awal pagi Ahad, tiga pelajar yang dirawat dalam wad selamat dibawa ke hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut.
“EME mendoakan agar kesemua pelajar yang terlibat akan sembuh seperti sedia kala dan diberikan kekuatan sepanjang rawatan,” menurut catatan itu.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.