Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 penuntut pulih susuli serangan tukul di universiti Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
8 penuntut pulih susuli  serangan tukul di universiti Jepun

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 11 Jan 2025 01:15PM Dikemas Kini : 11 Jan 2025 01:16PM
TOKYO: Lapan penuntut universiti di Tokyo yang diserang seorang wanita di dalam sebuah kelas sedang pulih.

Tiada penuntut yang perlu dihantar ke hospital, dedah Universiti Hosei.

Seorang penuntut wanita 22 tahun yang mengenal pasti dirinya sebagai warga Korea Selatan diberkas di tempat kejadian pada Jumaat (10 Jan), selepas disyaki melakukan serangan.

Sejumlah laporan menyatakan beberapa individu dilihat berdarah dari kepala selepas serangan tersebut.

Penyiar Jepun NHK menyatakan serangan didorong oleh kemarahan terhadap insiden buli.

Menurut seorang penuntut yang menyaksikan insiden itu, penuntut wanita tersebut mula menghayun tukul di dalam bilik darjah secara tiba-tiba, katanya kepada penyiar televisyen Jepun Asahi.

Menurut Universiti Hosei dalam satu kenyataan pada Jumaat (10 Jan), kesemua lapan penuntut yang cedera menerima rawatan perubatan.

"Kami akan bekerjasama dengan siasatan polis dan menjaga penuntut dan fakulti yang terkejut dengan insiden itu," tambah institusi tersebut, sambil menambah bahawa usaha akan dibuat untuk "memastikan keselamatan kampus dijaga".

Jenayah ganas jarang berlaku di Jepun kerana sebahagian daripadanya disebabkan kawalan senjata api yang ketat.

Meskipun demikian, berlaku insiden tikaman dan tembakan, termasuk pembunuhan mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dengan pistol buatan sendiri pada 2022.

Pada Disember, seorang pelajar sekolah rendah ditikam hingga mati manakala seorang lagi cedera di restoran McDonald's di barat daya Jepun. Seorang lelaki kemudian ditahan atas serangan tersebut.

Pada Januari 2022, tiga orang ditikam di luar Universiti Tokyo yang sebelum peperiksaan kemasukan kolej seluruh negara.
Sumber : AFP/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan