Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 mayat pendatang ditemui di pantai Sepanyol

Mayat lapan pendatang, termasuk tiga wanita dan seorang kanak, ditemui terdampar di pantai dekat selatan Sepanyol sejak dua hari lalu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa (21 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
8 mayat pendatang ditemui di pantai Sepanyol

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 22 Sep 2021 05:36PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 06:43PM

MADRID: Mayat lapan pendatang, termasuk tiga wanita dan seorang kanak, ditemui terdampar di pantai dekat selatan Sepanyol sejak dua hari lalu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa (21 Sep).

"Antara Ahad dan pagi Selasa, lapan mayat ditemui di sepanjang pantai...mereka datang dari satu atau lebih kapal," kata pihak berkuasa Almeria, yang menjelaskan bahawa mayat berkenaan ditemui di sepanjang garis pantai sejauh 20 kilometer.

Polis Guardia Civil masih lagi menjalankan siasatan berhubung tragedi tersebut, tambahnya.

Bot itu mungkin berlepas dari Maghribi atau Algeria, iaitu satu perjalanan sejauh 200 kilometer yang merentasi barat Mediterranean, dengan harapan dapat sampai di Eropah.

Sepanjang tahun ini, 10,701 pendatang berjaya sampai ke pantai selatan Sepanyol atau Kepulauan Balearic melalui laut.

Menurut perangkaan kementerian dalam negeri sehingga 14 September, jumlah itu meningkat sebanyak 1,680 orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), menyatakan sekurang-kurangnya 238 orang meninggal dunia semasa dalam perjalanan sejak awal tahun ini.

Dalam pada itu, 11,060 pendatang berjaya sampai ke Kepulauan Canary, Sepanyol dari pantai Afrika barat, iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang sampai pada tempoh yang sama tahun lalu sebanyak 5,090 orang.

Menurut Caminando Fronteras, sebuah NGO Sepanyol yang memantau panggilan SOS dari pendatang di laut, lebih 2,000 orang yang mati atau hilang di laluan Atlantic tahun ini, yang diketahui sebagai lokasi amat berbahaya. 

Sumber : AFP/RB/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan