8 maut dalam nahas helikopter di Indonesia
Serpihan di lokasi nahas helikopter di daerah Sekadau, wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, pada 16 April 2026. Gambar diambil melalui tingkap. (Gambar: Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS)/Handout menerusi Reuters)
Pegawai penyelamat Leftenan Kolonel Nurrachman Gindha Dradhizya berkata sebahagian mangsa sudah ditemukan di lokasi nahas.
“Empat mayat berjaya dipindahkan dan dimasukkan ke dalam beg mayat, manakala tiga lagi masih berada dalam bangkai helikopter,” katanya pada Khamis (17 Apr) malam.
Menurut dokumen penerbangan, helikopter itu membawa lapan orang.
Mayat mangsa terakhir masih dalam usaha dikesan setakat ini. Bagaimanapun, operasi pemindahan tidak dapat diteruskan berikutan keadaan gelap. Pasukan itu memutuskan untuk menghentikan operasi sementara dan akan menyambung semula pada pagi Jumaat.
“Kami akan menyambung semula pada pagi Jumaat, termasuk usaha memotong bangkai helikopter untuk mengeluarkan mayat yang masih berada di dalamnya,” tambah Dradhizya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.