Skip to main content

Dunia

8 maut dalam kebakaran kilang tekstil di bandar Foshan, China

Anggaran Waktu Membaca:
8 maut dalam kebakaran kilang tekstil di bandar Foshan, China

Asap kelihatan menjulang dari sebuah bangunan selepas kebakaran tercetus di sebuah kilang tekstil di Foshan, wilayah Guangdong, China, pada 20 September 2026, dalam imej daripada video media sosial. (Gambar: Reuters/Media sosial)

Diterbitkan : 21 Sep 2026 07:53PM
8 killed in textile factory fire in Foshan, China
  • A fire at a textile factory in Foshan, Guangdong on Sunday killed eight people and injured one, according to Chinese Government media.
  • The fire started at 3.12pm in a two-storey building in an industrial area and was extinguished about an hour later.
  • The building was used for production activities, including washing denim fabric, but the fire was reported not to have spread to other areas.
  • Reuters verified videos of thick smoke on social media, while the search and rescue operation was completed and the cause of the fire is still under investigation.
Dijana oleh AI
BEIJING: Kebakaran yang tercetus di sebuah kilang tekstil di bandar Foshan, wilayah Guangdong di selatan China pada Ahad (20 Sep) mengorbankan lapan orang dan mencederakan seorang, menurut media pemerintah pada Isnin.

Kebakaran bermula pada 3.12 petang di sebuah bangunan dua tingkat dalam kawasan perindustrian dan berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian, lapor televisyen pemerintah.

Bangunan yang terjejas digunakan untuk kegiatan pengeluaran, termasuk mencuci fabrik denim. Kebakaran itu tidak merebak ke kawasan lain, menurut laporan tersebut.

Sebuah video di media sosial yang disahkan Reuters menunjukkan kepulan asap tebal menjulang dari bangunan berkenaan, manakala sebuah bangunan berhampiran yang sedikit lebih tinggi kelihatan tidak terjejas.

Operasi mencari dan menyelamat sudah selesai, manakala punca kebakaran sedang disiasat, menurut laporan televisyen pemerintah.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita