Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 maut bas rempuh majlis perkahwinan di Pakistan

Lapan terbunuh manakala sembilan yang cedera selepas sebuah bas di wilayah Punjab timur, Pakistan merempuh majlis perkahwinan pada Jumaat (17 Dis), lapor polis dan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:

ISLAMABAD: Lapan terbunuh manakala sembilan yang cedera selepas sebuah bas di wilayah Punjab timur, Pakistan merempuh majlis perkahwinan pada Jumaat (17 Dis), lapor polis dan media tempatan.

Menurut polis, bus tersebut hilang kawalan dan merempuh sekumpulan orang yang sedang meraikan majlis perkahwinan di depan rumah mereka di tepi jalan dekat kawasan Tahli Adda di daeah Mandi Bahauddin, Punjab.

Pasukan menyelamat dan penduduk tempatan bergegas membawa mayat dan dan mereka yang cedera ke hospital berdekatan.

Angka korban dijangka meningkat kerana kebanyakan yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai hospital.

Media tempatan melaporkan, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika kabus tebal dan pemandu bas gagal mengawal kenderaannya.

Polis merampas bas berkenaan dan memfailkan kes terhadap pemandu yang melarikan diri selepas nahas tersebut.

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan