8 maut akibat salji tebal di Jepun

(Gambar: STR/JIJI Press/AFP)
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila salji lebat melanda Jepun, dedah para pegawai.
“Salji lebat terus menyebabkan masalah di pantai Laut Jepun,” lapor agensi berita Anadolu yang memetik NHK TV pada Jumaat (23 Dis).
Salji lebat berlaku di sepanjang pantai Laut Jepun di kawasan utara dan barat negara itu.
"Corak tekanan jenis musim sejuk yang biasa di sekitar Jepun menyebabkan tiupan udara sejuk," menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Cuaca buruk dijangka berterusan hingga Isnin (26 Dis).
Banyak kawasan di barat Jepun menyaksikan rekod baru jumlah salji termasuk di pulau utama barat Jepun, Shikoku.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.