Skip to main content

Dunia

8 maut akibat gelombang haba melampau di Mexico

Anggaran Waktu Membaca:
8 maut akibat gelombang haba melampau di Mexico

Suhu melampau di barat laut dan tenggara Mexico mengakibatkan ramai mengalami strok haba. (Gambar: Ulises Ruiz/AFP)

TORONTO: Lapan orang maut akibat gelombang haba yang melanda Mexico baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Suhu melampau di barat laut dan tenggara negara itu mengakibatkan ramai orang mengalami strok haba dan dimasukkan ke hospital, menurut Kementerian Kesihatan.

Menurut laporan, cuaca panas melampau di negeri Sonora, Veracruz, Quintana Roo dan Oaxaca dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi.

Hari-hari paling panas dalam beberapa tahun kebelakangan ini direkodkan di Mexico, dengan suhu melebihi 40 darjah Celcius.
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita