Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 maut akibat banjir di Mallorca

Sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk dua warga Britain, terkorban manakala beberapa yang lain masih dilaporkan hilang akibat banjir di pulau peranginan Mallorca di Sepanyol.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Oct 2018 08:13PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 11:22PM

MALLORCA: Sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk dua warga Britain, terkorban manakala beberapa yang lain masih dilaporkan hilang akibat banjir di pulau peranginan Mallorca di Sepanyol.

Demikian menurut pihak berkuasa dan khidmat kecemasan pada Rabu (10 Okt). Banjir itu turut menenggelamkan kereta dan kenderaan di jalan-jalan raya di pulau tersebut.

Askar-askar dan pasukan polis tambahan sudahpun dikerah ke pulau peranginan itu bagi membantu dalam operasi mencari dan menyelamat. Cuaca hujan selama beberapa jam dipercayai mencetuskan banjir kilat tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez melahirkan sokongan beliau kepada keluara para mangsa. 

Sumber : Agensi berita/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan