Skip to main content

Dunia

8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria

Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anggaran Waktu Membaca:
AZAZ: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemantau Hak Asasi Syria, badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain berkata kejadian berlaku di sebuah pasar yang sibuk di wilayah Aleppo pada Sabtu malam (30 Mac). 

Menurut badan pemantau perang itu, letupan berkenaan menyebabkan kerosakan harta benda dan mencetuskan kebakaran.

Bandar Azaz di utara Aleppo dikuasai oleh Turkiye.

Perang saudara di Syria sejak tahun 2011 mengakibatkan negara itu berpecah.

Presiden Bashar al-Assad menguasai dua pertiga negara itu manakala bahagian barat laut dikuasai pemberontak.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita