Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 jemaah Pakistan maut dalam kebakaran hotel di Makkah

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan jemaah umrah dari Pakistan terbunuh dalam kebakaran hotel di Makkah.

"Kami menerima laporan mengenai lapan kematian dan enam lagi warga Pakistan cedera dalam kejadian itu. Kedutaan kami di Jeddah sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka," lapor Associated Press of Pakistan (APP) memetik jurucakap kementerian luar pada Jumaat (19 Mei).

Menurut laporan media Pakistan pada Sabtu, mangsa berasal dari wilayah Punjab.

Kebakaran itu berlaku di tingkat tiga hotel yang terletak di Jalan Ibrahim Al Khalil.

Jemaah dari negara lain turut menginap di hotel itu.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan