8 individu diberkas terlibat perhimpunan LGBTQ di M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TikTok/humble_chef15)
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan lapan individu yang menyertai perhimpunan berkaitan hak-hak LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer) di pekarangan pusat beli-belah SOGO di Kuala Lumpur pada Sabtu (30 Jul).
Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua yang ditahan itu berumur lingkungan 18 hingga 56 tahun.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati mereka adalah anggota ‘Agama keamanan dan cahaya Ahmadi’ yang berfahaman bahawa hukuman ke atas manusia hanya boleh dijatuhkan oleh Tuhan.
"Kebanyakan individu yang ditahan telah menyertai kumpulan ini hampir dua tahun. Seorang daripada yang ditahan juga didapati melakukan kesalahan pada awal bulan lepas di Masjid Putrajaya kerana mengedarkan risalah Ahmadi.
Mengulas sama ada Ahmadi itu satu bentuk pemujaan, beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur (JAWI) bagi menentukan sama ada ajaran itu sudah diharamkan.
Menurutnya, JAWI sudah membuka kertas siasatan untuk melihat isu berkenaan secara terperinci dalam konteks agama dan sebagainya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.