Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 cedera selepas pesawat gagal berlepas di London

Lapan orang cedera ringan apabila sebuah pesawat gagal berlepas dari Lapangan Terbang Stansted di London, menyebabkan penerbangan-penerbangan ditangguhkan selama sekitar tiga jam.

Anggaran Waktu Membaca:
8 cedera selepas pesawat gagal berlepas di London

Lapan orang cedera ringan apabila sebuah pesawat gagal berlepas dari Lapangan Terbang Stansted di London. (Gambar: Rolf Vennenbernd/AFP)

Diterbitkan : 02 Mar 2019 10:53PM Dikemas Kini : 02 Mar 2019 10:55PM

LONDON: Lapan orang cedera ringan apabila sebuah pesawat gagal berlepas dari Lapangan Terbang Stansted di London, menyebabkan penerbangan-penerbangan ditangguhkan selama sekitar tiga jam.

Anak kapal pesawat Laudamotion yang menuju ke Vienna mengesyaki masalah pada enjin pesawat di landasan kapal terbang di lapangan terbang berkenaan sejurus selepas pukul 8.00 malam, Jumaat (1 Mac).

Para penumpang dilaporkan terdengar bunyi dentuman yang mengegarkan kabin pesawat tersebut.

Thomas Steer, seorang ejen hartanah dari Essex di bahagian timur England, berkata terdapat "bunyi dentuman kuat di bahagian sisi pesawat itu, menyebabkannya terbabas sebelum berhenti".

Encik Steer, 24 tahun, berkata: "Ia amat menakutkan. Para kakitangan kemudian menjerit 'keluar, keluar'.

"Rakan saya membuka pintu keluar kecemasan dan kami keluar melalui gelongsor kecemasan. Beberapa penumpang tua terjatuh dan dirawat oleh para anggota bomba.

"Tiada sesiapa yang cedera parah. Mereka hanya mengalami kecederaan ringan."

Jurucakap lapangan terbang itu berkata pihaknya menerima aduan bahawa lapan orang mengalami kecederaan ringan akibat insiden tersebut.

Dalam catatan Twitternya, syarikat penerbangan Laudamotion menyatakan bahawa para anak kapal "memutuskan untuk membatalkan pelepasan disebabkan oleh isu-isu pada enjin pesawat, dan untuk menurunkan para penumpang di landasan kapal terbang sebagai langkah berjaga-jaga."

Stansted adalah lapangan terbang keempat paling sibuk di Britain.

Pada sekitar 11.00 malam, lapangan terbang itu memuat naik catatan Twitter dengan menyatakan bahawa landasan kapal terbang tersebut sudahpun dibuka semula dan ia kini kembali beroperasi. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan