8 cedera dalam serangan tikaman di pasar raya Korea Selatan
Lapan orang cedera dalam serangan tikaman di sebuah pasar raya di bandar Incheon, Korea Selatan, pada Selasa (13 Okt).
Anggota penyelamat membawa seorang mangsa dari tempat kejadian serangan tikaman di sebuah pasar raya di Incheon, Korea Selatan, pada 13 Oktober 2026. (Gambar: AFP/Yonhap)
- Eight people were injured in a stabbing attack at a supermarket in Incheon on Tuesday (Oct 13), and one victim was reported to have gone into cardiac arrest.
- South Korean police have arrested a male suspect after officers were deployed to the scene, while the motive and circumstances of the attack are still under investigation.
- Incheon is west of Seoul, part of the capital metropolitan area, and home to South Korea's main airport.
- Although South Korea is considered safe with a low murder rate, several stabbing attacks have taken place recently in Seoul and Gwangju.
- Lapan orang cedera dalam serangan tikaman di sebuah pasar raya di Incheon pada Selasa, 13 Okt, dan seorang mangsa dilaporkan mengalami henti jantung.
- Polis Korea Selatan sudah memberkas seorang suspek lelaki selepas pegawai dikerahkan ke tempat kejadian, sementara motif dan keadaan serangan masih disiasat.
- Incheon terletak di barat Seoul, termasuk dalam kawasan metropolitan ibu kota, dan menempatkan lapangan terbang utama Korea Selatan.
- Walaupun Korea Selatan dianggap selamat dengan kadar pembunuhan rendah, beberapa serangan tikaman berlaku sejak kebelakangan ini di Seoul dan Gwangju.
Jantung seorang daripada mangsa dilaporkan terhenti.
Menurut polis, seorang suspek lelaki sudah diberkas selepas para pegawai dikerahkan ke tempat kejadian.
Polis sedang menyiasat motif dan keadaan yang membawa kepada serangan tersebut.
Incheon terletak di sebelah barat ibu kota Seoul dan menempatkan lapangan terbang utama Korea Selatan. Bandar itu juga sebahagian daripada kawasan metropolitan Seoul.
Korea Selatan secara umumnya dianggap sebuah negara yang selamat, dengan kadar pembunuhan sebanyak 1.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021, menurut perangkaan rasmi.
Angka itu jauh lebih rendah berbanding purata global, iaitu sekitar enam bagi setiap 100,000 penduduk.
Namun, negara itu menyaksikan beberapa serangan tikaman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada Mei 2025, seorang lelaki menikam tiga pegawai polis, manakala tiga orang ditikam hingga mati di sebuah restoran piza di Seoul pada September tahun yang sama.
Pada Mei lalu pula, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditikam hingga mati, manakala seorang lagi remaja cedera dalam serangan di bandar Gwangju, di barat daya Korea Selatan.
Lelaki berusia 20-an tahun yang menjalankan serangan itu kemudian dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.