8 cedera akibat kebakaran, letupan di loji minyak Jerman
Kebakaran yang berlaku di sebuah kilang penapisan minyak di bahagian selatan Jerman pada Sabtu (1 Sept) selepas satu letupan, mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang dan menyebabkan pihak berkuasa memindahkan hampir 2,000 penduduk tempatan ke tempat yang lebih selamat, menurut polis.
Sekurang-kurangnya 8 orang cedera akibat letupan dan kebakaran di Jerman. (Gambar: Lino Mirgeler/AFP)
BERLIN: Kebakaran yang berlaku di sebuah kilang penapisan minyak di bahagian selatan Jerman pada Sabtu (1 Sep) selepas satu letupan, mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang dan menyebabkan pihak berkuasa memindahkan hampir 2,000 penduduk tempatan ke tempat yang lebih selamat, menurut polis.
Letupan itu berlaku pada sekitar 5.30 pagi (3.30 pagi GMT) di sebuah tapak yang dikendalikan oleh kumpulan Bayernoil, yang terletak berhampiran bandar Ingolstadt.
Menurut kenyataan polis, tiga daripada mangsa kebakaran itu "cedera parah".
Sekitar 1,800 penduduk dari bandar Vohburg dan Irsching yang terletak berhampiran kilang itu juga dipindahkan ke tempat lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga.
"Usaha memadamkan kebakaran masih diteruskan," menurut polis. Sekitar 200 anggota bomba kini berada di tempat kejadian.
Pasukan kecemasan turut menggesa para penduduk yang tinggal sekitar 20 kilometer daripada tempat kejadian supaya "menutup pintu dan tingkap rumah mereka akibat asap dari kebakaran itu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.