8.47 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia
Jumlah dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 8.47 bilion.
Gambar: AFP
KUALA LUMPUR: Jumlah dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 8.47 bilion.
Menurut data Universiti Johns Hopkins, China kini mendahului dengan lebih 2.61 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan, lapor Astro AWANI.
Ini diikuti India dengan lebih 1.3 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 475 juta dos vaksin.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan mendaftarkan 250 juta dos, menurut Astro AWANI.
Ini diikuti Thailand dengan lebih 96 juta dos, Filipina 94 juta dos, Malaysia 54 juta dos dan Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin sudah didaftarkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.