Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

770 juta dewasa buta huruf di seluruh dunia

Terdapat sekitar 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia, dengan dua pertiga daripada mereka adalah kaum Hawa, lapor Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
770 juta dewasa buta huruf di seluruh dunia

(Gambar hiasan: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 16 Jun 2022 11:30AM Dikemas Kini : 16 Jun 2022 11:30AM
MOSCOW: Terdapat sekitar 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia, dengan dua pertiga daripada mereka adalah kaum Hawa, lapor Sputnik.

"Saya juga memikirkan tentang mereka yang tidak mempunyai hak ke atas pendidikan sebagai kanak-kanak," kata Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay pada lewat Rabu (15 Jun) di Sidang Antarabangsa mengenai Pendidikan Dewasa yang ketujuh.

"Daripada 770 juta dewasa yang tidak tahu membaca mahupun menulis, dua pertiga adalah wanita," tambah beliau.

Cik Azoulay juga menggesa agar usaha diperhebatkan untuk menyediakan pendidikan kepada golongan buta huruf.

Sidang Antarabangsa mengenai Pendidikan Dewasa itu diadakan di Marrakesh, Maghribi, selama tiga hari hingga Jumaat (17 Jun).
Sumber : Bernama/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa