Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

77% rakyat Arab Saudi ingin jadi sukarelawan pada musim haji

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Kira-kira 77 peratus rakyat Arab Saudi mengundi bahawa mereka berhasrat untuk menjadi sukarelawan pada musim haji.

Demikian menurut tinjauan dilaksanakan Pusat Raja Abdulaziz bagi Dialog Kebangsaan mengenai pendapat rakyat tentang musim haji 2023, lapor Saudi Gazette.

Tujuh puluh tujuh peratus rakyat Saudi juga menunjukkan keinginan yang kuat untuk menjadi sukarelawan pada musim haji supaya dapat berkhidmat kepada para jemaah, atau menginginkan anak-anak mereka untuk berkhidmat.

Manakala 16 peratus tidak menunjukkan keinginan sederhana untuk menjadi sukarelawan.

Tinjauan yang melibatkan 1,125 rakyat Saudi dari kedua-dua jantina, di mana 66 peratus adalah lelaki dan 34 peratus merupakan wanita.

Tiga puluh lima peratus peserta berkata bahawa perkara paling jelas yang disaksikan dan mendapat perhatian mereka pada gambar yang dipetik semasa haji adalah gambar Pegawai Keselamatan Saudi ketika mereka membantu pesakit jemaah haji, serta gambar warga tua.

 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan