Skip to main content

Dunia

76 maut manakala 95 cedera dalam nahas jalan raya semasa cuti Hari Kebangsaan Vietnam

Anggaran Waktu Membaca:
76 maut manakala 95 cedera dalam nahas jalan raya semasa cuti Hari Kebangsaan Vietnam

(Gambar: Pexel/Artyom Kulakov)

Diterbitkan : 05 Sep 2023 08:53PM
HANOI: Vietnam merekodkan 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari, kata bahagian polis trafik negara itu, lapor Xinhua.

Kebanyakan kemalangan itu berlaku di jalan raya, dengan dua kemalangan kereta api mengakibatkan tiga kematian, kata jabatan itu pada Isnin.

Berbanding tahun lalu, ketika cuti Hari Kebangsaan juga berlangsung selama empat hari dari 1 Sept hingga 4 Sept, hanya 46 kemalangan manakala 28 lagi kematian dicatatkan.

Menurut jabatan polis trafik Vietnam, tahun ini mereka telah mengendalikan kira-kira 35,000 kes kesalahan trafik di seluruh negara, mengenakan denda berjumlah 72 bilion dong Vietnam (AS$2.99 juta), menyita 520 kereta dan 12,000 motosikal, selain membatalkan 7,200 lesen.

Lebih 11,400 kemalangan jalan raya berlaku di Vietnam sepanjang tahun lepas, membunuh 6,384 orang dan mencederakan lebih 7,800, menurut data rasmi.
Sumber : Bernama/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita