75 petugas kesihatan antara individu terawal dijangkiti Ebola di Congo
Anggaran Waktu Membaca:
Kes disyaki Ebola di Congo. (Gambar: AP)
- Petugas barisan hadapan kesihatan di Republik Demokratik Congo antara yang terawal dijangkiti Ebola sejak wabak diisytiharkan pada 15 Mei, dengan 75 kes dan 17 kematian dalam kalangan mereka.
- Setakat ini, hampir 900 kes Ebola dan 232 kematian dilaporkan di 33 zon kesihatan merentasi tiga wilayah, dengan Ituri mencatat 95 peratus kes.
- Pihak berkuasa menghadapi cabaran penentangan masyarakat, kerana ramai pesakit tidak menunjukkan gejala awal dan memilih rawatan sendiri atau tradisional.
- WHO dan Menteri Kesihatan menekankan keperluan mempercepatkan tindak balas, mengesan kes dengan cepat, serta meningkatkan kesedaran dan kerjasama masyarakat untuk mengawal penularan.
KIGALI: Golongan petugas barisan hadapan kesihatan merupakan antara individu terawal dikesan positif apabila wabak Ebola terbaharu mula menular di Republik Demokratik Congo (DRC), lapor Anadolu Ajanasi yang memetik kenyataan rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pengarah Kecemasan WHO, Marie Roseline Belizaire dalam taklimat beritanya secara maya dari timur Congo pada Jumaat (19 Jun) memaklumkan bahawa kira-kira 75 petugas kesihatan sudah dijangkiti virus berkenaan sejak wabak itu diisytiharkan pada 15 Mei lalu, dengan 17 daripada mereka dilaporkan meninggal dunia.
Menurut beliau, kira-kira 90 peratus pesakit Ebola pada peringkat awal tidak menunjukkan gejala pendarahan, menyebabkan ramai dalam kalangan mereka memilih untuk duduk di rumah dan mengambil ubat sendiri, manakala sebahagian lagi mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan tradisional.
Setakat ini, pihak berkuasa kesihatan Congo melaporkan hampir 900 kes Ebola disahkan, termasuk 232 kematian membabitkan 33 zon kesihatan di tiga wilayah sejak wabak itu mula dikesan.
Selepas lebih sebulan wabak berkenaan melanda, pihak berkuasa mengakui bahawa penentangan daripada masyarakat setempat kekal menjadi cabaran utama dalam usaha menyekat penularan virus itu.
Cik Belizaire berkata memandangkan laporan jangkitan kes terus meningkat di pelbagai kawasan, terdapat keperluan mendesak untuk mempercepatkan langkah-langkah tindak balas.
Virus berkenaan kini dilapor menular merentasi wilayah timur Ituri, Kivu Utara dan Kivu Selatan, dengan Ituri mencatat hampir 95 peratus daripada keseluruhan jumlah kes.
Pada Jumaat (19 Jun), Menteri Kesihatan Roger Kamba mengadakan lawatan ke Hospital Bunia di ibu kota wilayah Ituri, dan beliau turut memuji komitmen para doktor serta kakitangan kejururawatan yang bertungkus lumus setiap hari dalam memerangi wabak itu.
"Keutamaan kami adalah untuk mengesan kes dengan cepat, merawat pesakit secara percuma dan meningkatkan kesedaran agar penduduk bekerjasama dengan pasukan tindak balas.
"Penyakit ini benar-benar wujud, tetapi ia mampu diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing," katanya kepada para wartawan.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.