Skip to main content

Dunia

75 ketua cawangan Warisan Sabah lompat sertai Bersatu

75 ketua cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak keluar daripada parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Anggaran Waktu Membaca:
75 ketua cawangan Warisan Sabah lompat sertai Bersatu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Sep 2020 08:53AM Dikemas Kini : 01 Sep 2020 08:56AM

KUNAK: Seramai 75 ketua cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak keluar daripada parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas ketua cawangan Kampung Sungai Langgas 2, Hussein Ibnu Hassan, yang mengetuai kumpulan itu, menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Hajiji Noor, dalam majlis ramah mesra bersama pemimpin Bersatu di Kunak pada Isnin (31 Ogos).

Bernama difahamkan lebih 2,000 ahli Warisan daripada 75 cawangan berkenaan turut menyertai Bersatu.

Dalam pada itu, Hajiji dalam ucapannya berkata kemasukan beramai-ramai ke Bersatu itu menunjukkan parti berkenaan semakin diterima rakyat Sabah.

"Di mana-mana tempat yang sudah kita lawati atau berjumpa rakyat, ada sahaja yang mahu menyertai Bersatu dan ini tidak ada sebarang paksaan mahupun tekanan,” katanya.

Beliau menggesa semua ahli Bersatu untuk menyokong calon parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sep ini. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita