740 rakaman percakapan diambil berkait siasatan ke atas GISBH
Anggaran Waktu Membaca:
Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di Rawang, Selangor. (Gambar: Google Maps)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 740 rakaman percakapan sudah dilaksanakan berhubung siasatan ke atas GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, tindakan tersebut diambil bagi fasa pertama dan kedua operasi tersebut.
"Daripada jumlah yang direkodkan, 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).
"Jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan," katanya pada Rabu (18 Sep), lapor Sinar Harian.
Mengulas mengenai perkembangan Op Global, Encik Razarudin berkata, siasatan kini berada di fasa kedua bermula pada 11 September selepas fasa pertama dimulakan 2 September lalu.
Menurutnya, sebanyak 10 kertas siasatan dibuka pada Fasa 1 iaitu masing-masing enam di Selangor dan Negeri Sembilan (4), manakala Fasa 2 melibatkan 23 kertas siasatan iaitu 16 di Selangor, Negeri Sembilan (2), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1).
Pada Selasa (17 Sep), Sinar Harian melaporkan, seramai 149 orang mangsa kanak-kanak berumur satu hingga 10 tahun telah diberikan perintah jagaan sementara yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
Encik Razarudin dilaporkan berkata, para mangsa tersebut sudah dipindahkan ke empat pusat perlindungan.
Baki 243 kanak-kanak masih lagi ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat.
Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun melibatkan GISBH bernilai RM581,552.31 (S$177,450), selain empat akaun ditutup.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.