Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

74 maut selepas bot karam di perairan Libya

IOM menyatakan sejauh ini sekurang-kurangnya 900 mati lemas dengan lagi 11,000 orang berjaya dipintas dan dipulangkan ke Libya.

Anggaran Waktu Membaca:
74 maut selepas bot karam di perairan Libya

Bot yang karam di Perairan Libya. (Gambar: Open Arms/Handout via REUTER)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 05:51PM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 05:55PM

LAUT MEDITERRANEAN: Sekurang-kurangnya 74 orang maut selepas bot yang membawa 120 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, karam di perairan Libya.

Menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Pendatang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), IOM, 47 daripada mereka berjaya diselamatkan dan 31 mayat mangsa ditemui.

Para mangsa merupakan pendatang haram dari benua Afrika yang cuba melintasi Laut Mediterranean untuk ke Eropah.

Sejak perang saudara di Libya pada 2011, negara Afrika itu menjadi hab bagi pendatang haram ke Eropah.

IOM menyatakan sejauh ini sekurang-kurangnya 900 mati lemas dengan lagi 11,000 orang berjaya dipintas dan dipulangkan ke Libya.

PBB bagaimanapun berpendapat Libya tidak sepatutnya dilihat sebagai tempat bagi pendatang itu dikembalikan kerana laporan-laporan tentang penderaan dan eksploitasi.

Sumber : Agensi berita/AA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan