Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

74 kanak-kanak maut akibat wabak campak di utara Afghanistan

Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat wabak campak di wilayah Badakhshan, utara Afghanistan, menurut seorang pegawai wilayah pada Ahad (6 Feb). 
 

Anggaran Waktu Membaca:
74 kanak-kanak maut akibat wabak campak di utara Afghanistan

(Gambar: CDC/Reuters)

Diterbitkan : 06 Feb 2022 10:32PM Dikemas Kini : 06 Feb 2022 10:32PM

FAIZABAD: Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat wabak campak di wilayah Badakhshan, utara Afghanistan, menurut seorang pegawai wilayah pada Ahad (6 Feb). 

“Terdapat sejumlah kes campak di beberapa daerah Badakhshan, termasuk Kuf Ab, Darwaz, Kohistan serta ibu kota wilayah Faizabad dan kawasan pinggiran sejak dua bulan lalu. 

“Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak meninggal dunia selepas dijangkiti penyakit itu di daerah Kuf Ab dan Kohistan,” Maazudin Ahmadi, Pengerusi Lembaga Pengarah Penerangan dan Kebudayaan wilayah, memberitahu Xinhua. 

Kebanyakan kanak-kanak yang terkorban tinggal di kawasan tanpa kehadiran pegawai kesihatan awam dan kemudahan vaksin. 

Pegawai kesihatan wilayah berulang kali menyeru para penduduk supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan rawatan segera di pusat kesihatan berdekatan sekiranya terdapat gejala dalam kalangan kanak-kanak termasuk demam, ruam, konjunktivitis, batuk dan selesema. 

Menurut pegawai tempatan, terdapat peningkatan melibatkan wabak campak di negara Asia, khususnya di kawasan pergunungan di timur laut. 

Sumber : Bernama/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa