Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

74 kanak-kanak Indonesia maut tahun ini akibat kecederaan teruk ginjal

Anggaran Waktu Membaca:


JAKARTA: Jumlah kanak-kanak di Indonesia yang meninggal dunia akibat kecederaan akut pada ginjal mereka, terus bertambah.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan berkata sejak Januari tahun ini, 74 kanak-kanak meninggal dunia kerana masalah itu.

Mereka dalam kalangan 189 kes yang sudah dikesan setakat ini.

Kebanyakan mereka berusia bawah lima tahun.

Sebuah pasukan pakar sedang menyiasat punca kecederaan akut ginjal itu.

Ini memandangkan sejenis ubat paracetamol yang menyebabkan kejadian serupa di Gambia tidak dijual di Indonesia.


Menurut surat kementerian tersebut yang bertarikh 18 Oktober dan dilihat oleh agensi berita Reuters, Kementerian Kesihatan Indonesia sudahpun meminta hospital untuk mengambil semula semua ubat yang sudah diberikan kepada kanak-kanak bagi menjalankan ujian toksikologi.

Dalam surat yang sama, kementerian itu juga menyatakan bahawa para ahli kimia patut menghentikan penjualan ubat berasaskan sirap sehingga diberitahu kelak.


Kementerian tersebut dijangka akan memberi perincian lanjut pada Rabu (19 Okt).

Sumber : Reuters/MU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan