Skip to main content

Dunia

73 tahanan Palestin maut di penjara Israel akibat kecuaian perubatan

Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH: Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin maut ketika berada dalam tahanan Israel akibat kecuaian perubatan sejak 1967, menurut sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) tempatan pada Sabtu (10 Sep).

Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa terbaru membabitkan seorang wanita Palestin Sa’diya Farajallah yang meninggal dunia pada Jun, lapor Agensi Anadolu.

“Israel masih enggan melepaskan jenazah sembilan warga Palestin yang maut ketika dalam tahanan,” menurut kenyataan itu.

Kira-kira 600 tahanan yang ditahan menghidap pelbagai penyakit termasuk 200 menderita penyakit  kronik.

"Terdapat 23 pesakit barah dalam kalangan tahanan Israel," menurut kenyataan itu.

Menurut angka Palestin, hampir 4,550 rakyat Palestin berada dalam penjara Israel, termasuk 175 kanak-kanak, 31 wanita dan 700 tahanan yang dipenjarakan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.
Sumber : Agensi berita/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita