Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

70,000 kakitangan universiti Britain lancar mogok 18 hari; tuntut naik gaji

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Lebih 70,000 kakitangan dari 150 universiti di seluruh Britain akan melancarkan mogok selama 18 hari antara Februari hingga Mac dalam pertikaian membabitkan gaji, keadaan bekerja dan pencen.

Demikian menurut laporan agensi akhbar Jerman dpa.

Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) menyatakan, tarikh sebenar mogok itu akan diputuskan minggu depan.

Kesatuan itu juga akan menjalankan undian semula kakitangan di kesemua 150 universiti untuk memperbaharui mandatnya dan membenarkan tindakan perindustrian diadakan pada 2023, termasuk memulaukan pemarkahan dan penilaian mulai April selagi pertikaian itu tidak diselesaikan.

UCU menyatakan, "masa semakin suntuk" untuk pentadbir universiti mengelak gangguan meluas tahun ini.

Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji yang bersesuaian bagi menangani krisis kos sara hidup serta tindakan untuk menamatkan kontrak "tiada jaminan".

Kesatuan itu turut menyatakan, Persatuan Majikan Universiti dan Kolej (UCEA) yang mewakili majikan universiti menawarkan gaji antara empat peratus hingga lima peratus kepada UCU pada Rabu (11 Jan) yang menurut kesatuan itu tidak mencukupi.

Setiausaha Agung UCU Jo Grady berkata: “Hari ini kesatuan kita bersatu untuk menyokong program tindakan mogok yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Masa semakin suntuk untuk sektor itu mencapai perjanjian atau berdepan gangguan secara menyeluruh di sepanjang musim bunga.

“Kakitangan universiti memberikan nyawa mereka untuk pendidikan dan mereka mahu kembali bekerja, namun ia hanya akan berlaku jika naib canselor universiti menggunakan kekayaan besar sektor itu untuk menangani lebih sedekad kemerosotan gaji, amalan pekerjaan tidak selamat yang berleluasa dan pencen yang rendah. Pilihan di tangan mereka.”

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan