Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7,000 diberkas dalam serbuan terhadap penyokong mantan PM Pakistan Imran Khan

Lebih 7,000 orang diberkas dalam usaha pemerintah Pakistan menjejaki para penyokong pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Imran Khan di seluruh negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
7,000 diberkas dalam serbuan terhadap penyokong mantan PM Pakistan Imran Khan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 May 2023 09:50AM Dikemas Kini : 16 May 2023 11:26AM
NEW DELHI: Lebih 7,000 orang diberkas dalam usaha pemerintah Pakistan menjejaki para penyokong pemimpin pembangkang dan mantan perdana menteri Imran Khan di seluruh negara itu.

"Beribu-ribu individu diberkas tanpa akses kepada peguam masing-masing. Mereka ditangkap dan ditahan tanpa mengikut proses undang-undang," kata pemimpin kanan Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan, Hammad Azhar pada Isnin malam.

"Hampir kesemua daripada mereka belum lagi dihadapkan ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam seperti di bawah undang-undang. Ia merupakan penahanan haram," katanya.

Usaha menjejaki PTI dan para penyokongnya dipertingkat pada minggu lalu menyusuli penangkapan Encik Imran oleh pasukan separa tentera, Rangers pada 9 Mei yang mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh Pakistan.

Ramai yang terbunuh dan cedera dalam pertempuran bersama polis.

Dalam catatan media sosialnya, PTI menyatakan pegawai keselamatan sudah memberkas para penyokong parti, pemegang jawatan, anggota parlimen, anggota keluarga mereka termasuk kaum wanita dari rumah masing-masing.

Menurutnya lagi, "beratus-ratus daripadanya dilaporkan didera supaya memberikan kenyataan palsu" terhadap kepimpinan parti berkenaan.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan