7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat susuli serangan balai polis Ulu Tiram
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, siasatan masih giat dijalankan dan sebarang perkembangan baharu akan dimaklumkan.
"Kita akan segera maklumkan sebarang perkembangan baharu. Namun kita harap masyarakat beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi pada Isnin (20 Mei), dipetik daripada Sinar Harian.
Pada Sabtu lalu, tujuh individu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu.
Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan sejak Jumaat lalu, susuli serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal selepas kejadian berlaku.
Selain itu, turut direman dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.
Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 tahun, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24 tahun, maut dalam kejadian itu.
Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.