Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 suspek ditahan di S'pura berhubung kes bunuh di stesen minyak Johor; Kesemuanya 13 ditangkap sejauh ini

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan bahawa ia menangkap tujuh warga Malaysia, berhubung kes bunuh di sebuah stesen minyak di Johor Bahru Ahad lalu (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
7 suspek ditahan di S'pura berhubung kes bunuh di stesen minyak Johor; Kesemuanya 13 ditangkap sejauh ini

Pakar forensik mengumpul cap jari dari sebuah kereta di stesen minyak Taman Pelangi. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Dec 2017 09:53PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 09:56PM

S'PURA/JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan bahawa ia menangkap tujuh warga Malaysia, berhubung kes bunuh di sebuah stesen minyak di Johor Bahru Ahad lalu (17 Dis).

SPF menyatakan, ia menerima permintaan bantuan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes tersebut. Ketujuh-tujuh suspek warga Malaysia itu yang ditangkap di Singapura berusia antara 19 dengan 23 tahun.

Dalam satu kenyataan ringkas pada 8.43 malam ini tadi (21 Dis), SPF menambah, kesemua mereka diserahkan kepada PDRM semalam (21 Dis).

PDRM dalam pada itu menyatakan ia sudah menahan 13 individu setakat ini - sembilan lelaki dan empat wanita - bagi membantu dalam siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak Taman Pelangi itu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua mereka berusia antara 16 hingga 26 tahun.

"Semalam (20 Dis), polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang manakala empat lelaki dan tiga wanita lagi berjaya ditahan di Singapura dengan bantuan pasukan polis Singapura.

"Terkini, pada hari ini (21 Dis), seramai empat lelaki ditangkap di kawasan Johor oleh Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Mohd Khalil berkata polis masih lagi meneruskan siasatan untuk mengesan beberapa lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 7.30 malam Ahad lalu, mangsa bunuh yang berumur 40-an tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis dengan kereta yang dinaiki empat orang lelaki.

Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengesahkan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.

Hari ini, Mahkamah Majistret membenarkan permohonan polis untuk menahan reman enam individu melibatkan lima lelaki dan seorang wanita.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan kesemua mereka direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan