7 penjenayah pemerdagangan manusia ditembak mati
Polis elit Bangladesh menembak mati tujuh suspek etnik Rohingya yang terlibat dalam kegiatan dadah dan pemerdagangan manusia, menurut seorang jurucakap polis.

Gambar hiasan.
COX BAZAR: Polis elit Bangladesh menembak mati tujuh suspek etnik Rohingya yang terlibat dalam kegiatan dadah dan pemerdagangan manusia, menurut seorang jurucakap polis.
Jurucakap Batalion Tindak Pantas (RAB), Abdullah Sheikh Sadi, berkata pertempuran berbalas tembakan berlaku selama tiga jam antara pihak berkuasa dan kumpulan penjenayah yang diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Zokir.
“Setakat ini kami menemui tujuh mayat dengan kesan tembakan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menambah masih belum diketahui sama ada Zokir adalah antara yang terkorban.
Kejadian itu berlaku menyusuli kes pemerdagangan manusia didapati semakin meningkat dengan kumpulan penjenayah cuba menyeludup pelarian Rohingya ke Malaysia menerusi laluan laut.
Bulan lalu, sebuah bot membawa sekurang-kurangnya 138 etnik Rohingya, kebanyakan wanita dan kanak-kanak karam ketika dalam perjalanan ke Malaysia.
Kira-kira 44 mangsa masih belum ditemui dan disyaki lemas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.