7 penghuni asrama akhlak perempuan lari; 4 ditemui semula
Tiga pelajar perempuan dari Asrama Akhlak Perempuan, Jitra dekat Kubang Pasu dilapor melarikan diri dari asrama itu pagi semalam (6 Okt).
Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
ALOR SETAR: Tiga pelajar perempuan dari Asrama Akhlak Perempuan, Jitra dekat Kubang Pasu dilapor melarikan diri dari asrama itu pagi semalam (6 Okt).
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi dan disedari pembantu kebajikan masyarakat selepas menerima aduan daripada penghuni lain pada pukul 1.17 pagi.
"Semasa kejadian, pengadu bersama seorang lagi rakannya menerima aduan daripada penghuni lain yang memaklumkan terdapat tujuh penghuni telah melarikan diri dengan memecahkan siling bumbung tandas asrama berkenaan.
"Selepas membuat pemeriksaan, pengadu menemui semula empat penghuni itu berhampiran asrama manakala tiga lagi penghuni yang semuanya berumur 16 tahun masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan hari ini (7 Okt).
Beliau berkata mereka dipercayai meloloskan diri melalui laluan pagar dawai berduri di asrama itu berikutan terdapat kesan kerosakan pagar berkenaan.
Supt Mohd Ismail berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan kesemua suspek sedang dijalankan.
Kes disiasat mengikut Sekyen 224 Kanun Keseksaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.