Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 pelajar maut, bilik darjah runtuh di Nairobi

 Tujuh kanak-kanak terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas sebuah bilik darjah dilaporkan runtuh pada pagi Isnin (23 Sep) di ibu kota Kenya, Nairobi, kata para pegawai perubatan.

Anggaran Waktu Membaca:
7 pelajar maut, bilik darjah runtuh di Nairobi

Seorang lelaki memimpin tangan anaknya, mangsa yang terselamat daripada insiden sekolah runtuh di Nairobi pada 23 Sep 2019. (Gambar: SIMON MAINA/AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2019 06:05PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 06:08PM

NAIROBI: Tujuh kanak-kanak terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas sebuah bilik darjah dilaporkan runtuh pada pagi Isnin (23 Sep) di ibu kota Kenya, Nairobi, kata para pegawai perubatan.

“Tujuh pelajar maut, 57 lagi cedera selepas sebuah bilik darjah di Akademi Previous Talent di Dagoretti dilaporkan runtuh,” menurut St John Ambulance, yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, di Twitter.

Kejadian itu membangkitkan kemarahan penduduk di Dagoretti, sebuah kawasan miskin yang mana ramai tinggal di rumah sementara.

Mereka berkumpul di sekitar tempat kejadian ketika anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa dari sisa runtuhan bilik darjah berkenaan.

Bangunan tersebut dilaporkan runtuh sejurus selepas jam 7.00 pagi ketika para pelajar memasuki bilik darjah itu. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa