7 menteri, 8 timbalan menteri Malaysia akan angkat sumpah jawatan di Istana Negara
Sebanyak tujuh menteri serta lapan timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Agong Sultan Ibrahim, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh menteri serta lapan timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Agong Sultan Ibrahim, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, dijangka berlangsung di Istana Negara pada Rabu (17 Dis).
Pada Selasa (16 Dis), Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.
Antara rombakan itu ialah pelantikan Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, manakala Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Rombakan turut menyaksikan enam timbalan menteri dan seorang muka baharu dinaikkan sebagai menteri penuh termasuk Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang dilantik sebagai Menteri Ekonomi, manakala Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari menjadi Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.